Pages

Rabu, 18 Mei 2011

SABAR

d

Sabar sari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud ; Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yangmenyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka(kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalikan daripada mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaanya itu melewati batas.(Surah al-Kahfi 18:28)

Menerusi ayat ini, bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Perintah sabar di atas sekaligus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang yang lalai daripada Allah S.W.T.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud "Dan solat itu laksana sinar rembulan. sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari" (Riwayat Muslim)

Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.

Meskipun sinar mentari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukannya walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar indah.

Tiada ulasan:

Popular Posts