Pages

Ahad, 22 September 2013

Lepaskan rindu di Kalbu

Pejam celik semuanya berlalu terlalu pantas tanpa diduga telah mengelamkan segala perasaan menjadikan aku semakin matang menilai setiap ciptaan NYA.... untuk mengetahui setiap segi kekejaman pada diri sendiri, anak2, keluarga dan alam sekeliling.... Semakin kita mendalami semua itu, aku ketahui kini setiap perasaan yang kita hadapi dan balasi saling berkait rapat akan diri kita... Cara kita.... hidup kita.... masalah kita... dugaan kita... Selepas sedar kita akan tahu kekejaman dan air mata dari lubuk hati akan mengalir.. Setiap itu akan aku teringat segala Pegorbanan Rasullah mengajar kita untuk segala segi hidup di dunia yang terlalu naif ini Ya Allah perkenankan segala doaku ampunilah segala dosa-dosaku yang semakin menikam kalbu jadikanlah aku, Hatiku semurni murninya Sesungguhnya hanya kepada ENGKAu aku memohon segala-galanya.... Sesungguhnya kepada Mu aku memohon Keampunan.

Rabu, 18 Mei 2011

SABAR

d

Sabar sari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud ; Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yangmenyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka(kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalikan daripada mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaanya itu melewati batas.(Surah al-Kahfi 18:28)

Menerusi ayat ini, bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Perintah sabar di atas sekaligus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang yang lalai daripada Allah S.W.T.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud "Dan solat itu laksana sinar rembulan. sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari" (Riwayat Muslim)

Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.

Meskipun sinar mentari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar. Kita memerlukannya walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar indah.

POHON SERUMPUN

POST DARI
Ana Islam

Bismillahirrahmannirrahim...

Pohon akidah ini...
Jangan sesekali dirosakkan
Berputik iman berbuah tqkwa

Pohon akidah ini
Biar tumbuhnya rendang
Berantingkan ilmu berdaunkan amal

Pohon akidah ini
Jangan sesekali biarkan mati
Biar tumbuh rerumput kasih sayang

Pohon akidah ini
Biar dari buah taqwa itu
Berpercikan bebijiannya

Biar ia terbang di bawa angin
Kemana jangan di tanya
Benih yang baik Allah empunya

Pohon akidah ini
Tanahnya adalah hati
suburkan tanah itu hiduplah ia

Salam Kasih Sayang....Ana Islam

' MEMPERKASA AKIDAH UMAT SERUMPUN '

Rabu, 4 Mei 2011


Tafsir Bismillah Enam :-

-Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat tiada yang seumpama dengannya dan maha mengetahui pada setiap sesuatu,
-Dengan nama Allah yang berkuasa menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang seumpama dengannya yang maha pembuka lagi amat mengetahui,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi mengetahui perkara yang tersembunyi,
-Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi berkuasa,
-Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi pemurah tiada yang seumpama dengannya yang maha gagah perkasa lagi maha pemurah,
-Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang tiada yang seumpama dengannya yang maha pengampun lagi maha penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga dan dialah maha penyayang diantara para penyayang.


Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Cara berubat menggunakan Bismillah Enam :-

1. Letakkan tangan ditempat sakit, tahan nafas dan baca Al-Fatihah dan Bismillah 6 sekali.

2. Tiup ditempat sakit dan secawan air mineral dan urut-urut sedikit tempat yang sakit tu.

3. Air tadi dibuat minum dimulai dengan membaca Bismillah dan Selawat 1x.

4. Angin akan keluar dari badan pesakit dan diikuti muntah, insyaAllah.


Panah Makrifat Untuk Menundukkan Musuh:-

1. Untuk menghadapi orang terutama sekali orang berpangkat atau garang.

2. Duduk dirumah dahulu sebelum melangkah keluar.

3. Hadirkan wajah orang yang akan dijumpai dihadapan kita.

4. Baca Bismillah 6 (3x) dan hembuskan kepada wajah orang yang kita hadirkan tadi.

5. Kemudian barulah melangkah keluar rumah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau

yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAn

TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN

AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

BERKONGSI ILMU TANPA DENGKI DIKIRA JIHAD

RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama diangkat sangat tinggi serta mulia dalam parameter Islam.
Allah berfirman bermaksud: “… nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…” (Surah al-Mujaadalah: 2).
Islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmu yang dipelajarinya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan.
Berjihad dalam ilmu bermaksud bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban serta memberikan gambaran yang betul tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang memberikan ilmu berupa petunjuk dikurniakan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu itu.

Selasa, 3 Mei 2011

Ketenangan

Jika kamu ingnkn ketenangan,carilah Allah,mengadu la pd Nya.ssguhnya, ALLAH lah pemilik sgala ketenangan..

Ahad, 1 Mei 2011

Taqwa

Taqwa adalah asas kecerdasan. Taqwa melahirkan cahaya di dalam hati di mana ilmu sangat memerlukan sinarannya. Remaja yang terlibat dengan kegiatan dakwah (yang positif) dan banyak melakukan ibadah sunat, akalnya semakin meningkat. Prestasi pelajarannya bertambah baik. Takwa dan ibadah bukan sahaja setakat mencahayakan wajah sahaja, malah lebih penting lagi ia mencahayakan hati.

Popular Posts